Thursday, July 14, 2011

Bersih 2.0??...

assalamualaikum...

Lama rasanya aku tak update blog nih.. asyik sibuk ngan hal2 dunia. hal akhirat tak nak amik berat plak eh.. (apa nk jadi ngan aku nih...)
Kali ni kita masuk ke topik yg panas sikit sekarang ni. BERSIH! apa yg anda tahu tentang Bersih? ok di sini aku nyatakan 8 tuntutan Bersih:

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

*(andai tersilap, aku minta maaf dan mohon perbetulkan)

Pendapat aku perkara 1-5 mmg aku setuju sgt. Tapi masuk ke perkara 6-8 emmm yg buat tertanya2, ade motif atau agenda tersembunyi ke? terlalu umum.. x tahulah pendapat org lain mcm mana. yg buat memorandum ni bukan org biasa2.. lain la kalo aku yg buat.. (confirm tunggang terbalik) haha.

Yg bab pengerusi Bersih 2.0 si S Ambiga tu aku tak nak komen sgt sebab aku xde bukti sahih yg dia ni ada kaitan ngan IFC.. ntahla, puas aku google dlm internet, tp x jumpa bukti sahih. yg ade bloggers yg menulis tanpa bukti kukuh. Tapi kalau betul dia pun terlibat dgn IFC, sewajibnya kita sbg muslim kena tentang dia sehabisnya..

Apa pun sebenarnya aku tak setuju dgn tindakan membuat perarakan yg sudah dimaklumkan awal2 oleh pihak berkuasa supaya dibatalkan.. tuntutan ni pun untuk kebebasan hal dunia je. Serahlah memorandum tu melalui kumpulan kecil dan aman. tak susah kan? Kita ni sbg lelaki, bila bilal azan, adakah kita mampu pergi masjid atau surau beramai2 waktu tu juga? jgn malu nk mengaku, sebab aku sendiri terlalu lemah! dan ats sebab tu aku tak nak lebih2 dalam menuntut hal dunia! tp aku sedih tgk manusia seagamaku terjerumus dlm taktik politik Malaysia ni...

Sedarlah wahai manusia, hidup kita di dunia ni hanyalah sementara!

Tuesday, May 24, 2011

chelsea dream team!!

assalamualaikum...

Barclay's Premier League season 2010-2011 dah pun menutup tirainya pada 22 Mei 2011 dengan statistik pencapaian team kegemaran aku agak merudum jatuh.. walaubagaimanapun aku tetap setia ngan Chelsea FC! (hehe.. maklumlah 'kipas susah mati') :P

Dengan berakhirnya musim ini, maka berita pemindahan pemain makin rancak kini.. dan aku sebagai peminat dah tentu tak tertinggal untuk mengetahui sasaran para ejen.. Mungkin sebagai peminat pasti anda memiliki 'dream team' masing2 bukan? macam tu juga aku. ;-) berikut adalah senarai 1st eleven yang paling aku berkenan.


Kalaulah aku ni Roman Abramovich aku akan letak harga yg tinggi untuk membeli Sergio Aguero ni.. Dia pun dah menyatakan hasrat nak keluar dari Atlético de Madrid.. dan pasangan serangan yang selayaknya pastilah Fernando Torres dan juga Gael Kakuta yang dah pun tamat kontrak pinjaman bersama Fulham. :P

Di bahagian tengah pula, muka lama seperti Ramires dan Essien tetap menjadi pojaan hatiku dan biarlah Frank Lampard duduk di bangku simpanan tuk musim depan.. Kalau Chelsea boleh dapatkan Samir Nasri pasti corak serangan Chelsea lebih bergaya dan berseni.. wah dah macam pengulas sukan aku ni. hahaha :D

Pertahanan pula sememangnya memerlukan barisan yang cukup berpengalaman dan laju. Jadi pada pendapat aku, Ivanovic, David Luiz dan Terry sudah byk pengalaman dan kebal untuk menghadapi barisan2 serangan pasukan lain.. cuma mereka perlu fokus dan dapatkan keserasian.. Ashley Cole pula dah tak ligat seperti dulu dan sebaiknya ditukar kepada pertahanan muda Belanda, Van Aanholt.. aku pasti dia lebih kreatif dalam membantu serangan dan juga laju..

Amacam? menarik tak barisan aku? hahahaha... ok sampai jumpa lagi.

saat menilai cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Thursday, April 14, 2011

Nostalgia di bangku sekolah

assalamualaikum...

Sedar tak sedar dah lebih 15 tahun aku tinggalkan zaman persekolahan. Bila dikenang kembali rasa nak ketawa pun ada.. macam-macam kerenah dan pelbagai cerita tersimpan dalam memori ni.. Mungkin aku boleh kongsikan serba sedikit cerita ni buat tatapan umum. hehe...

1992 - 1994 Sekolah Tinggi Klang

Aku mula menjejakkan kaki di sekolah ni pada penghujung tahun 1991.. maklumlah zaman dulu penggal persekolahan bermula pada hujung tahun. Aku masuk sekolah ni pun atas tajaan Kerajaan Negeri Selangor di bawah projek 'Hipers' (Projek tajaan pendidikan untuk pelajar-pelajar luar bandar). Aku kat sini semua ditaja sepenuhnya daripada yuran asrama hingga ke yuran sekolah..
High School Klang
Aku mulakan dgn kisah asrama dulu.. Pada zaman aku, asrama putra ni kelihatan macam penjara. haha.. maklumlah pintu bilik pun xde. pakai grill besi je.. ditambah lagi jirat cina kat belakang. (ngeri x? kalau x percaya, tanyalah senior2 sekolah ni.. :D) bila aku dah masuk form 3 baru dipasang pintu disebabkan terdapat pelajar yang kena denggi. walaupun dorm kitorang dulu xde pintu, tapi kebersihan memang tip top. Mana tak nya kalo setiap bulan kena kiwi lantai dan basuh bingkai tingkap! cara senior check plak, diorang guna kain cadar putih bersih dan lap tempat-tempat yang mudah kotor dan lantai plak guna torch light tengok samada cahaya pantul balik atau pun x! haha gila dah mcm kem askar plak. Kes buli? ermm.. tanyalah mana-mana asrama pun pasti ade kes buli punya. jgn nak tipu r. haha.. tapi bab tu aku cerita nanti ok? tajuk lain r plak.. hehe.
Sekolah plak ade ceritanya tersendiri. Dengan hantu jepun lah, hantu piano lah. Tapi hantu cina xde plak, walaupun dekat dgn jirat cina. haha. Sekolah ni semua pelajarnya terdiri daripada lelaki kecuali pelajar tingkatan 6. Dah nama sekolah lelaki, masalah disiplin memang byk. Ditambah lagi dengan kongsi gelap yang makin merebak masa tu. Kumpulan 15, 24... masing-masing nak tunjuk hebat. Pening cikgu-cikgu masa tu. Kelas plak ade 8 kelas bagi setiap tingkatan. Terdiri drp kelas S,T,K,J,L,N,M dan R. Masa form 1 aku masuk kelas S.. (Kelas paling hebat la konon2nya. hehe) tapi malangnya final exam aku x dpt ambil psal demam so masuk tingkatan 2 je terus kena tendang kelas 2R. (Kelas paling hancur!) gaduh guna kerusi besi tu dah biasa, bertumbuk depan cikgu sampai cikgu menangis2 suruh berenti.. haha sian cikgu tu.. Bila masuk tingkatan 3 barulah naik balik ke kelas 3T.. (selamat cket kelas ni. xde gaduh2 dlm kelas, cikgu pun mengajar dgn tenang) habis amik exam PMR je, family aku suruh tukar sekolah kat kampung.. akhlak dah x terjaga. hehe.. biasalah budak2. fikiran pun x matang lagi.

1995 - 1996 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar
SMK Sungai Besar
Di sekolah baru ni aku rasa janggal pada mulanya. maklumlah x kenal sesapa pun. Cuma ade lah kenal beberapa orang yg berasal daripada kampung aku termasuk cikgu disiplin sekolah. haha..
Tak banyak cerita-cerita menarik kat sini. Cerita x best adelah.. huhu. Paling x best cerita kena buang asrama.. nak cerita punca dia pun jadi malu pada diri sendiri. hahaha. So abaikan jelah. :P Mula-mula aku masuk sekolah ni, aku telah dipanggil oleh cikgu penyelaras untuk aku memilih kelas pilihan sendiri.. Masa tu nak tanya sape pun, aku x kenal.. alih-alih aku nampak senarai mata pelajaran elektif - 'Kemahiran Hidup' so dalam fikiran aku mcm menarik je.. aku memang minat bab-bab teknikal nih.. Tanpa was-was aku mintak masuk kelas ni. Cikgu penyelaras ni puas tgk muka aku. Pandang atas bawah.. musykil plak aku tgk telatah cikgu ni. "Suderman, awak yakin nak masuk kelas ni?". "Ya cikgu". "Tapi awak seorang lelaki tau dlm kelas ni".. Ah sudah! kelas ape plak ni? tanya punya tanya rupanya kelas Ekonomi Rumah Tangga.. hahaha tu la malu bertanya sesat jalan. "Mcm ni saya x mau la cikgu.. saya ambil kelas lukisan dan sastera boleh?" jadi secara rasminya masuklah aku ke kelas ni. Kena plak dgn gaya aku masa tu yang agak skema trus dilantik jadi ketua kelas. adoi.. Lepas beberapa bulan, aku tukar kelas. Ambil kelas perdagangan plak sampailah ke tingkatan 5 sehingga tamat peperiksaan SPM. Akibat malas belajar, keputusan yang aku dapat x berapa indah di kertas. hehe.. Inggeris 7, Geografi 7.. adoi. mungkin tu antara sebab aku x dapat masuk U. nak menyesal, nasi dah jadi bubur pun.. xpe la. bubur pun boleh makan. haha..
rakan-rakan kelas Perdagangan - 1996 (penulis di barisan 3 - belakang kanan sekali)
Itulah antara nostalgia ketika aku di bangku sekolah dari tahun 1992 hingga 1996... Kenangan ini pasti x luput dari ingatan aku selama-lamanya. InsyaAllah...
Sampai bertemu lagi. Assalamualaikum... :D

Friday, April 8, 2011

Aku anak Jawa!!

Tersenyum seketika aku apabila terbaca satu column dalam paper sinar harian 13 Jan 2011.. mungkin aku boleh kongsikan sebahagian coretan editor tersebut dalam blog ni.. selamat membaca!! ;-D



Orang Jawa tidak lagi berasa hati

- ABD JALIL ALI


LAHIR dan dibesarkan di sebuah kampung terpencil di Negeri Johor, saya biasa sangat mendengar berbagai gelaran mengenai Jawa. Untuk makluman, lima atau enam dekad lalu kampung di Hulu Muar itu, penduduknya 99 peratus Jawa, dan saya tidak termasuk yang satu peratus itu!

Ada gelaran ‘Jawa kontrak’, iaitu merujuk kepada orang dari tanah Jawa (Indonesia) yang dipaksa datang ke Tanah Melayu – kononnya naik kapal arang – untuk menjadi buruh kasar di ladang cengkih.

‘Jawa totok’ ialah Jawa kuno yang tidak tahu sepatah pun perkataan Melayu. Sesetengah orang mengandaikan Jawa jenis ini lebih rendah tarafnya berbanding kumpulan yang naik kapal arang, konon lidah mereka pekat Jawa sehinggakan bacaan al-Quran pun bunyi Jawa. Contoh, dalam surah Al-Fatihah, perkataan ‘aalamin’ disebut ‘ngallamin’.

Ada juga gelaran ‘Jawa celup’, iaitu keturunan yang lahir dari bapa Jawa dengan ibu Melayu, atau lelaki dari Jawa berkahwin dengan perempuan di sini. Ini kira Jawa masuk Melayu, sama seperti Cina masuk Melayu atau India masuk Melayu. Arab masuk Melayu pun ramai juga.

Pada satu ketika ‘:branding:’ Jawa dianggap satu penghinaan, ‘koman bebenor’ kata orang Perak. Sebab itu di tempat saya dulu-dulu ada yang berkelahi dan bertumbuk sebab dihina dengan jenama Jawa.

Bagi sesetengah orang, Jawa dianggap spesies berkelas rendah. Maka tidak menghairankan ketika mula merantau ke KL empat dekad dulu, ada teman-teman sepejabat memandang semacam apabila saya memberitahu saya orang Jawa. Ada orang tidak mahu mengaku dirinya Jawa.

Ada juga orang hendak menyembunyikan keturunan, tetapi namanya dengan sendiri menjelaskan asal-usul. Kalau nama dia Bahari bin Ngadiman, dengan sendiri orang tahu dia Jawa. Mana hendak sembunyi kalau nama Poniah binti Sentot, Salikon bin Ngarno, Suparman bin Toyo?

Seorang kawan semasa di kampus suka benar apabila dipanggil ‘Joe’. Katanya macam bunyi nama orang putih. Pada hari konvo baru saya tahu nama sebenarnya ialah Suparjo bin Samingon.

Begitulah orang cuba menyembunyikan jenama Jawa pada ketika itu. Konon, ada yang tidak jadi bertunang setelah mengetahui si jejaka keturunan Jawa. Kalau silap-silap sebut mungkin boleh bertumbuk. Malah, mungkin juga boleh kena saman. Bagi sesetengah orang, ‘Jawa’ adalah istilah sensitif.

Itu dulu! Zaman berubah, masa berlalu. Sistem nilai pun sudah tidak seperti sebelum merdeka dulu. Hari ini tidak ada lagi yang malu apabila dikatakan Jawa. Istilah itu malah dikaitkan dengan perkara-perkara positif seperti kuat kerja, taat kepada ketua, berani, budiman, tampan berkumis, dan sebagainya.

Hakikatnya ialah warganegara keturunan Jawa kini sudah berjaya dalam berbagai-bagai bidang, dan semakin ramai menduduki jawatan-jawatan penting termasuk menteri, ketua jabatan, CEO, hakim, pakar motivasi, dan sebagainya. Ramai Jawa berjaya dalam bisnes, ramai jadi jutawan. Ada juga jadi artis terkenal.

Istilah yang satu ketika dulu dianggap sebagai berkelas rendah, kini bukan lagi sesuatu yang menghina. Tidak ada yang akan marah-marah atau berasa hati sekiranya terlihat, terbaca, atau terdengar perkataan Jawa. Sekiranya dicetak dalam buku atau majalah pun tidak mengapa.

Sepatutnya dalam semangat Jawa begitulah orang melihat perkataan ‘paria’ atau ‘pariah’ dalam novel ‘:Interlok:’ karya Sasterawan Negara, Ismail Hussein, yang kini menjadi teks sastera Tingkatan Lima. Tidak ada apa yang hendak disensasikan dengan istilah tersebut.
pahlawan Jawa (gambar hiasan)

Begitulah antara coretan penulis yang agak menarik untuk dibaca lebih-lebih lagi kepada anak-anak muda berketurunan Jawa macam aku ni. hehe...
Sekian dulu daripada aku... Assalamualaikum. :D

Wednesday, March 23, 2011

kian jauh...

Assalamualaikum...

Lama rasanya x update blog ni.. sengaja menyibukkan diri dengan hal2 lain.. :-) bukan apa, cuma nk menghiburkan diri untuk mengelak daripada terkenang peristiwa2 atau perkara2 yg membuatkan diri ni termenung.. kalau bermenung boleh selesaikan masalah, dah lama aku buat aktiviti ni sepanjang masa. hehe.. Kadang2 terfikir apakah ujian2 yg Allah berikan ni benar2 mampu utk aku hadapi atau sebaliknya? Bimbang2 nanti semakin jauh 'sesatnya' diri ini.. insyaAllah apa jua yg diberikan pasti ada hikmah disebaliknya.

Pepatah lama ada mengatakan 'jodoh pertemuan di tangan Tuhan'.. pendapat aku, pepatah ini selari dgn apa yg pernah aku dgr dulu dari kawan2 yg berilmu.. "man, lahir shj kita di dunia ni, 3 perkara sudah ditetapkan dalam kehidupan masing2.. pertama : rezeki (iaitu apa yg kau makan, minum dan pakai sehingga lusuh), kedua : jodoh (pertemuan dan perkahwinan semua telah ditentukan untuk kita), ketiga : ajal..

Bercakap soal jodoh ni, mungkin belum sampai masanya lg untuk aku bertemu jodoh agaknya.. Bak kata P Ramlee, "dah nasib badan...." Asyik2 putus di tengah jalan. kira setengah jalan tu ok lagi daripada suku jalan. hehe.. Bercinta bagai nak rak, alih2 x jadi. Padan muka aku! ermm sabo jela.. benda dah jadi sejarah x elok dikenang2 cuma jadikan ia sebagai pengajaran. Tp nampaknya aku x pernah belajar daripada perkara lalu.. bercinta 4 kali tp x menjadi.. aku syok sendiri kot.. bertunang sekali tp x menjadi juga. (ingatkan inilah titik perubahan dlm sejarah hidup)... sedih2 ni layan lagu Separuh Jiwaku Pergi pun ok gak ni..

'ku berikan sebentuk cincin sebagai janji ikatan kita.. janji untuk melengkapkan diri masing2, tp apakan daya janji tinggal janji...'
walau apa pun aku doakan semua bahagia disamping orang tersayang... insyaAllah. amin.. ;-)


Tuesday, January 4, 2011

azam tahun baru

assalamualaikum dan salam sejahtera

lama betul rasanya x menaip dlm blog nih. hehe.. nk kata sibuk x juga. :P Sekarang ni mungkin masing2 sibuk nk tanam azam tahun baru. semangat tahun baru la katakan. ;-) asalkan azam itu menjurus kepada perkara baik maka x salah untuk diusahakan.. jgn membawa kepada kemudaratan sudah.. Jadi, adakah anda telah sematkan dlm hati anda untuk menyelesaikan azam baru ini? insyaAllah mudah2an berjaya.. :D

Bagi saya sebagai muslim, menanam azam tahun baru dah berlalu 1 muharram yg sudah.. x perlu dicoretkan rasanya. cukuplah untuk makluman diri sendiri. hehe.. sejak akhir2 ini sering kali terngiang2 suara ustaz Rosli, "iman kita ni umpama timbunan biji benih di dalam sebuah gudang.. bayangkan seekor burung mengambil satu biji benih tersebut setiap hari. kita pasti x sedar biji benih tersebut berkurangan.. tetapi apabila biji benih tersebut susut dan tidak lagi menimbun baru kita sedar biji benih dah pun hilang. begitulah ibarat iman kita yg dicuri syaitan sedikit demi sedikit.. hingga tiba2 baru tersedar yang kita dah pun jauh terlajak"

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta nasihat menasihati di atas kebenaran dan kesabaran" (surah Al-Asr ayat 1-3)
 

Hidup di dunia ini umpama bertani dan hasilnya akan kita perolehi di akhirat nanti.. insyaAllah... bersamalah kita berdoa semoga apa yang kita usahakan selama ini di redhai Allah hendaknya.. aminnn..

Marilah kita sama2 setiap tahun tanam azam untuk 'bertani'.. ;-)