Tuesday, May 24, 2011

chelsea dream team!!

assalamualaikum...

Barclay's Premier League season 2010-2011 dah pun menutup tirainya pada 22 Mei 2011 dengan statistik pencapaian team kegemaran aku agak merudum jatuh.. walaubagaimanapun aku tetap setia ngan Chelsea FC! (hehe.. maklumlah 'kipas susah mati') :P

Dengan berakhirnya musim ini, maka berita pemindahan pemain makin rancak kini.. dan aku sebagai peminat dah tentu tak tertinggal untuk mengetahui sasaran para ejen.. Mungkin sebagai peminat pasti anda memiliki 'dream team' masing2 bukan? macam tu juga aku. ;-) berikut adalah senarai 1st eleven yang paling aku berkenan.


Kalaulah aku ni Roman Abramovich aku akan letak harga yg tinggi untuk membeli Sergio Aguero ni.. Dia pun dah menyatakan hasrat nak keluar dari Atl├ętico de Madrid.. dan pasangan serangan yang selayaknya pastilah Fernando Torres dan juga Gael Kakuta yang dah pun tamat kontrak pinjaman bersama Fulham. :P

Di bahagian tengah pula, muka lama seperti Ramires dan Essien tetap menjadi pojaan hatiku dan biarlah Frank Lampard duduk di bangku simpanan tuk musim depan.. Kalau Chelsea boleh dapatkan Samir Nasri pasti corak serangan Chelsea lebih bergaya dan berseni.. wah dah macam pengulas sukan aku ni. hahaha :D

Pertahanan pula sememangnya memerlukan barisan yang cukup berpengalaman dan laju. Jadi pada pendapat aku, Ivanovic, David Luiz dan Terry sudah byk pengalaman dan kebal untuk menghadapi barisan2 serangan pasukan lain.. cuma mereka perlu fokus dan dapatkan keserasian.. Ashley Cole pula dah tak ligat seperti dulu dan sebaiknya ditukar kepada pertahanan muda Belanda, Van Aanholt.. aku pasti dia lebih kreatif dalam membantu serangan dan juga laju..

Amacam? menarik tak barisan aku? hahahaha... ok sampai jumpa lagi.

saat menilai cinta

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.