Tuesday, August 24, 2010

raya raya raya...

Assalamualaikum...

Bercerita pasal raya ni teringat aku kisah masa budak2 dulu.. waktu aku kecil dulu memang penuh dgn warna warni.. seronok, gembira, sedih, kecewa semua ada. Yang seronoknya bila dapat baju raya baru.. tp bila da meningkat dewasa, aku saling bertukar2 baju dengan adik dan abang aku. maklumlah saiz badan kami da hampir sama. Ala baju tu pkai 2x setahun je. sekali waktu raya puasa dan sekali waktu raya korban. Kitorg saling bertukar2 baju supaya orang x perasan yang kami masih pkai baju sama tahun yang sudah.. hehe. nak beli duit x berapa nak ada.. Tp kalau melibatkan mercun atau meriam sanggup berhabis duit. berani main meriam barulah cool... ni lah tanggapan aku masa budak2 dulu. Di era meriam & mercun belum diharamkan, kampung aku cukup sinonim dengan meriam batang kelapa. Kalau nak dibandingkan kekuatan meriam ni, rasanya aku x jumpa lg meriam buatan sendiri yang lebih hebat. Meriam kelapa ni biasanya diletakkan di hadapan masjid setiap kampung. Punya kuat meriam ni bila dinyalakan bergegar rumah aku. (jarak rumah ke masjid dalam 300m) tapi sepanjang waktu tu x pernah lagi aku dengar ada kecederaan mahupun kematian akibat bermain meriam ni.
meriam batang kelapa
Tapi malangnya aku x pernah merasa untuk menyalakan meriam ni sendiri.. paling berani aku main pun meriam tin je. haha ni meriam paling selamat bagi aku dan kos pun x tinggi.. cuma perlu dapatkan 3 tin milo besar, tebuk di bhg bawahnya, sambung2 dan tanam dalam tanah.. pastikan tiada kebocoran gas di sekeliling tin.. ini yang paling penting. Bunyi dia boleh tahan la tapi jauh beza dgn meriam kelapa.. Janji ada bunyi kuat dan ada gegaran cket jadilah. hehe..
Sekarang semua mercun dan meriam dah diharamkan oleh pihak berkuasa.. bagi aku bagus juga, maklumlah budak2 sekarang bukan mcm budak2 dulu.. bagi diorg aksi tanpa keselamatan menyerlahkan 'keheroan' mereka. Kadang2 aku x faham, mcm mana waktu zaman aku dulu, susah aku nk dgr ade budak putus tgn akibat main mercun ataupun meriam. Setakat luka2 tu biasalah.. tapi sekarang jauh berbeza dan terbaru melibatkan kematian seorang kanak2. sedih aku bila baca berita tersebut..berita lanjut bolehlah rujuk link ini.. [ http://mediakini.com/kemalangan-tragedi/mercun-meletup-mayat-melambung-atas-pokok.html ]
Apa pun marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah pada arwah...
Berbalik tentang kemeriahan hari raya rasanya x meriah kalau xde duit raya.. sememangnya kita seolah2 mengajar anak2 kita yang ganjaran puasa adalah duit!! wahh bahaya tu.. adalah baik kita maklumkan lebih awal pada mereka yg berpuasa ni adalah tuntutan agama.. dan ganjarannya adalah syurga yang x ternilai dgn wang ringgit.

"Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan"
Soal kanak2 ni faham atau x kita letak tepi dulu.. yang penting akidah mereka. Dah makin meleret aku berceloteh. hehe.. Di akhir post ini aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN dari diriku yang lemah dan serba kekurangan ini... Assalamualaikum.. ;-)

2 comments:

  1. hehe.. br je. bosan duk site, baik aku menaip kat site cabin 2.. ;-)

    ReplyDelete