Tuesday, August 24, 2010

raya raya raya...

Assalamualaikum...

Bercerita pasal raya ni teringat aku kisah masa budak2 dulu.. waktu aku kecil dulu memang penuh dgn warna warni.. seronok, gembira, sedih, kecewa semua ada. Yang seronoknya bila dapat baju raya baru.. tp bila da meningkat dewasa, aku saling bertukar2 baju dengan adik dan abang aku. maklumlah saiz badan kami da hampir sama. Ala baju tu pkai 2x setahun je. sekali waktu raya puasa dan sekali waktu raya korban. Kitorg saling bertukar2 baju supaya orang x perasan yang kami masih pkai baju sama tahun yang sudah.. hehe. nak beli duit x berapa nak ada.. Tp kalau melibatkan mercun atau meriam sanggup berhabis duit. berani main meriam barulah cool... ni lah tanggapan aku masa budak2 dulu. Di era meriam & mercun belum diharamkan, kampung aku cukup sinonim dengan meriam batang kelapa. Kalau nak dibandingkan kekuatan meriam ni, rasanya aku x jumpa lg meriam buatan sendiri yang lebih hebat. Meriam kelapa ni biasanya diletakkan di hadapan masjid setiap kampung. Punya kuat meriam ni bila dinyalakan bergegar rumah aku. (jarak rumah ke masjid dalam 300m) tapi sepanjang waktu tu x pernah lagi aku dengar ada kecederaan mahupun kematian akibat bermain meriam ni.
meriam batang kelapa
Tapi malangnya aku x pernah merasa untuk menyalakan meriam ni sendiri.. paling berani aku main pun meriam tin je. haha ni meriam paling selamat bagi aku dan kos pun x tinggi.. cuma perlu dapatkan 3 tin milo besar, tebuk di bhg bawahnya, sambung2 dan tanam dalam tanah.. pastikan tiada kebocoran gas di sekeliling tin.. ini yang paling penting. Bunyi dia boleh tahan la tapi jauh beza dgn meriam kelapa.. Janji ada bunyi kuat dan ada gegaran cket jadilah. hehe..
Sekarang semua mercun dan meriam dah diharamkan oleh pihak berkuasa.. bagi aku bagus juga, maklumlah budak2 sekarang bukan mcm budak2 dulu.. bagi diorg aksi tanpa keselamatan menyerlahkan 'keheroan' mereka. Kadang2 aku x faham, mcm mana waktu zaman aku dulu, susah aku nk dgr ade budak putus tgn akibat main mercun ataupun meriam. Setakat luka2 tu biasalah.. tapi sekarang jauh berbeza dan terbaru melibatkan kematian seorang kanak2. sedih aku bila baca berita tersebut..berita lanjut bolehlah rujuk link ini.. [ http://mediakini.com/kemalangan-tragedi/mercun-meletup-mayat-melambung-atas-pokok.html ]
Apa pun marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah pada arwah...
Berbalik tentang kemeriahan hari raya rasanya x meriah kalau xde duit raya.. sememangnya kita seolah2 mengajar anak2 kita yang ganjaran puasa adalah duit!! wahh bahaya tu.. adalah baik kita maklumkan lebih awal pada mereka yg berpuasa ni adalah tuntutan agama.. dan ganjarannya adalah syurga yang x ternilai dgn wang ringgit.

"Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan"
Soal kanak2 ni faham atau x kita letak tepi dulu.. yang penting akidah mereka. Dah makin meleret aku berceloteh. hehe.. Di akhir post ini aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN dari diriku yang lemah dan serba kekurangan ini... Assalamualaikum.. ;-)

Wednesday, August 18, 2010

selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja...

assalamualaikum... ;-)

wah kali pertama nih menulis dlm blog.. gugup & x tau nk coretkn pe dlm nih.. hehe.
rasanya boleh kot aku cerita cket2 sejarah kerja aku.. alkisah bermulalah kisah perjuangan diriku utk mencari sesuap nasi di shah alam....

shah alam - 1997
Flat proton seksyen 27 Shah Alam
Ini lah kerja pertama aku sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang Jepun.. Kobe Copper Sdn Bhd rasanya.. dah x brape nk ingat plak. ((maklumlah da berumur. hehe)) aku kerja kat sini 3 bulan je. Sementara tgu result SPM keluar, so abang aku ajak ikut dia ke shah alam.. cari duit cket katanya tuk menampung belanja study akan dtg.. Sebenarnya mls nk kerja waktu tu.. maklumlah baru je abis SPM. nak rasa enjoy dulu.. Tp fikir2 blk, aku nih bukan anak org senang. so nak x nak kena juga ikut ke shah alam. Alhamdulillah setelah hampir seminggu mencari akhirnya dapat gak aku kerja kat sini.. rasa seronok pun ade bila dpt kerja. Lagi seronok bila dpt gaji pertama.. asalkan dapat simpan cket tuk study jadi la.. sedar x sedar result SPM pun keluar, maka dgn itu berakhirlah sudah kerjaya ku bersama kilang ini...

Ampang - 1999
Esso Jln Kuari... banyak sejarah aku kat sini. Dlm semua kerja-kerja yang pernah aku buat, kerja kat sinilah yg paling terpahat dlm memori hidup aku. walaupun kadang2 dimarahi customer, tu semua dah jadi asam garam bekerja sebagai cashier cum pump attendant.. Kena rompak bersenjata pernah, kena curi pernah (yg ni selalu kena kat sini.. sorry abg Khairul, x dpt jaga petrol pump nih betul2), pendek kata mcm2 boleh jumpa kat sini.. Termasuklah jodoh.. hehe. tp x menjadi.. nk wat camne da xde jodoh kan. Aku pasrah je.. :'( huhu.. aku kerja kat sini in out in out.. sampai kena tegur brader tokeh daging pasar mlm, " ko lagi. ingatkn dah hilang" hehe biasa la bang, cari rezeki. Rindu plak aku dgn regular2 customer Esso Jln Kuari ni..

Kerja kontrak (tanam rumput) Janda Baik - 2002
Yang ni kisah menyayat hati.. ingat2 blk aku rasa bertuah sgt dpt pengalaman mcm ni. Kat sini la aku merasa kesusahan hidup org yg x punya duit tuk makan, x punya rumah yg selesa.. Kerja ibarat kais pagi mkn pagi, kais petang mkn mlm.. Bila xde job (rumput dah habis) maka xde duit. Ketentuan rezeki sesungguhnya sudah tertulis sebelum kita lahir lg.. itu nasihat Ustaz Rosli guru tahfiz madrasah Kg Chemperoh Janda Baik.. itulah realiti yang aku terima sepanjang seminggu aku x berduit tuk mkn. hampir seminggu gak aku dpt mkn free kat surau kg ni.. itu pun sebab ada org hantar nasi kat surau. katanya nasi2 lebih kat kantin.. Masuk hari ketiga dah naik segan asyik mkn free je. Mlm tu nekad x nak mkn, lepas isya' terus blk rumah.. sampai je kat rumah ada seorg ustaz ni hantar mee goreng.. katanya dia goreng lebih mlm ni. adehhh menitis air mata x sangka aku dpt makan gak hari ni.. Esoknya berpuasa la aku.. dah hampir waktu berbuka plak, mana aku nk cari makanan ni.. ermm nmpak air kolah surau ni pun sedap je. Konon2 ambil wuduk, padahal minum tuk berbuka.. habis maghrib je ade abg ni ajak makan. dia nk blanje.. Ya Allah... aku sgt bersyukur padaMu Ya Allah... :'( esoknya aku berkemas nk blk KL.. x lalu dah nk tunggu duit ngan job.

Aku terpaksa berhenti sehingga di sini... panjang sgt plak.. hehe. Sejarah kerja aku ni masih belum habis. ada 2 company lg belum aku ceritakan.. :P esok2lah ye.. Assalamualaikum......