Thursday, July 14, 2011

Bersih 2.0??...

assalamualaikum...

Lama rasanya aku tak update blog nih.. asyik sibuk ngan hal2 dunia. hal akhirat tak nak amik berat plak eh.. (apa nk jadi ngan aku nih...)
Kali ni kita masuk ke topik yg panas sikit sekarang ni. BERSIH! apa yg anda tahu tentang Bersih? ok di sini aku nyatakan 8 tuntutan Bersih:

1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

*(andai tersilap, aku minta maaf dan mohon perbetulkan)

Pendapat aku perkara 1-5 mmg aku setuju sgt. Tapi masuk ke perkara 6-8 emmm yg buat tertanya2, ade motif atau agenda tersembunyi ke? terlalu umum.. x tahulah pendapat org lain mcm mana. yg buat memorandum ni bukan org biasa2.. lain la kalo aku yg buat.. (confirm tunggang terbalik) haha.

Yg bab pengerusi Bersih 2.0 si S Ambiga tu aku tak nak komen sgt sebab aku xde bukti sahih yg dia ni ada kaitan ngan IFC.. ntahla, puas aku google dlm internet, tp x jumpa bukti sahih. yg ade bloggers yg menulis tanpa bukti kukuh. Tapi kalau betul dia pun terlibat dgn IFC, sewajibnya kita sbg muslim kena tentang dia sehabisnya..

Apa pun sebenarnya aku tak setuju dgn tindakan membuat perarakan yg sudah dimaklumkan awal2 oleh pihak berkuasa supaya dibatalkan.. tuntutan ni pun untuk kebebasan hal dunia je. Serahlah memorandum tu melalui kumpulan kecil dan aman. tak susah kan? Kita ni sbg lelaki, bila bilal azan, adakah kita mampu pergi masjid atau surau beramai2 waktu tu juga? jgn malu nk mengaku, sebab aku sendiri terlalu lemah! dan ats sebab tu aku tak nak lebih2 dalam menuntut hal dunia! tp aku sedih tgk manusia seagamaku terjerumus dlm taktik politik Malaysia ni...

Sedarlah wahai manusia, hidup kita di dunia ni hanyalah sementara!